Terapi Rawatan Darah (Bekam Moden)

image

image

Terapi Ozone

Terapi ozone merupakan satu terapi perubatan yang amat selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan. Selain untuk tujuan perubatan, Terapi ozone ini amat berguna untuk tujuan memulihkan pelbagai jenis penyakit yang dipanggil dengan nama medical ozone iaitu campuran 0.05%-5% Ozone dan 99.95%-99.5% oksigen yang dihasilkan dalam bentuk gas dan dilarutkan dalam darah. (Ozone dalam bentuk gas pada atmosfera adalah toksid kepada manusia)

image

image

image

Cara Ozone Bertindakimage

image

Kebaikan Terapi Ozone

Ozone berupaya menghapuskan pelbagai virus, bakteria, fungus dan lain-lain mikro-organisma di samping sel-sel kanser di dalam darah. Ianya juga meningkatkan sistem pertahanan badan, membersihkan darah dan sistem limfatik, menormalkan proses penghasilan hormon dan enzim serta mengurangkan proses keradangan (inflammation). Dalam erti kata lain, ianya adalah proses detoksifikasi dan oksigen darah yang berkesan.

image

image

image

Kebaikan Terapi Ozone

Melalui mekanisma tindakan di atas, terapi ozone boleh digunakan sebagai sebahagian kaedah rawatan holistik untuk merawat:-

* Antifungal yang kuat

* Agen anti-viral dan anti-micobial

* Membakar 400-500 kalori satu sessi

* Meningkatkan antibodi tubuh

* Melepaskan oksigen ke tisu-tisu darah 

* Meningkatkan sel darah putih

* Membuang toksid dan kandungan ubat

* Stimulasi sistem imuniti tubuh badan

image

Antara penyakit yang boleh dirawat:-

* Strok

* Gout

* Kencing Manis

* Kolesterol

* Urat Saraf

* Kulit

* Komplikasi Diabetis

* Migrain

* Kanser

* Darah Tinggi

* Penyakit Coronary

image

image

Manfaat Lain

Tidak menyakitkan, tiada kesan sampingan yang memudaratkan dan amat menjimatkan pada doktor mahupun pesakit.

(Tiada komplikasi jangkitan kerana semua peralatan digunakan sekali sahaja)

image

JADI APA TUNGGU LAGI..???

HUBUNGI TALIAN HOTLINE KAMI HARI INI!

MERLIMAU, MELAKA: -

Alamat : JC 151, Jalan BMU7, Bandar Baru Merlimau Utara, 77300, Merlimau,Melaka.

Tel/ Fax: 06-263 3304

Email: terapiozone@yahoo.com

MUAR, JOHOR: -

Alamat : 12, Jalan Rivera 1, Maharani Rivera, Kesang, 84000, Ledang, Johor.

Tel/ Fax: 06-950 6555

Email: terapiozone@yahoo.com

Foto Rawatan.

Pesakit kami sedang menerima rawatan di Pusat Terapi Ozone Muar, Johor.

Foto Rawatan (3) di Pusat Terapi Ozone Merlimau, Melaka.

Foto Rawatan (2) di Pusat Terapi Ozone Merlimau, Melaka.

Foto Rawatan (1)

Lokasi: Pusat Rawatan Terapi Ozone, Merlimau, Melaka.

Explore terapiozone’s photostream on Flickr. This user has 195 photos on Flickr.

Tags: flickr album

Terapi Ozone Merlimau is on Facebook. Join Facebook to connect with Terapi Ozone Merlimau and others you may know. Facebook gives people the power to share and makes the world more open and connected.

Tags: facebook

Lokasi Pusat Terapi Ozone Muar, Johor.

Klinik kami di Muar bersebelahan Giant Muar,berhadapan dengan sungai Muar dan sebaris dengan banggunan Restoran Uncle John.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan atau membuat temu-janji sila hubungi hotline kami di talian 06-950 5555.

terima kasih

Ozon – alternatif rawat penyakit

image

image

image

TERAPI ozon kini semakin mendapat tempat di kalangan pesakit yang ingin mencuba rawatan alternatif. Ramai telah mendapat manfaat daripada terapi tersebut.

Malah, ada juga individu yang tidak berpenyakit menjalani terapi ozon semata-mata merawat darah supaya sentiasa ‘muda dan sihat’.

Dr. Rushmini Maris Ismail dari Klinik Penawar Semenyih, Selangor antara pengamal perubatan yang menawarkan terapi ozon sejak setahun lalu. Diminta mengulas lanjut tentang terapi yang bertapak di Malaysia sejak sepuluh tahun lalu, katanya, ozon merupakan bahan semula jadi yang tercipta sebagai satu khasiat daripada Allah SWT kepada manusia.

‘‘Ozon terdapat di sekeliling bumi. Ia menghalang sinar X dan bahan toksik masuk ke atmosfera bumi. Bahan ini apabila bertindak dengan ozon, maka ia akan di musnahkan.

‘‘Apabila ribut berlaku, ozon di langit akan jatuh ke laut dan sungai dan ini membantu kehidupan menjadi lebih sihat,’’ katanya.

Menurut Dr. Rushmini di dalam darah pula ozon bertindak sebagai bahan yang menghapuskan kuman dan menyegarkan sel-sel tubuh.

Menyingkap sejarah terapi ozon, katanya, ia mula digunakan sebagai kaedah perubatan pada tahun 1898 di Berlin. Kandungan ozon yang terdiri daripada tiga atom oksigen berjaya dicipta dan digunakan dengan selamat oleh seorang doktor di Berlin.

Apabila ozon masuk ke dalam darah, atom-atom oksigennya bercerai dan membentuk oksigen yang sangat tinggi serta baik bagi darah. Ia berkitar dalam darah membunuh sel-sel kuman dan memberi kesegaran kepada tisu-tisu tubuh.

Mesin ozon

Ciri-ciri mesin ozon yang terkini iaitu Eboo Safe memberi kelebihan kepada pengguna. Ia dilengkapi penapis yang mampu menyingkirkan secara langsung plak kolestrol menjadikan paras kolestrol berkurangan dan pemakanan ubat boleh dikurangkan. Umum mengetahui bahawa kebanyakan ubat anti kolestrol mempunyai kesan sampingan, oleh itu kaedah ini mampu membantu kita.

Ozon juga meningkatkan imuniti dan menjadikan sel darah lebih anjal dan mudah masuk ke tisu dalam tubuh. Ada penemuan penyelidikan mendapati ozon mempunyai pelbagai kebaikan dan langsung tiada keburukan kerana ia merupakan sejenis super oksigen yang diperlukan tubuh.

Ditanya tentang perbezaan ozon dan dialisis, Dr. Rushmini memberitahu, kedua-duanya berbeza.

‘‘Ozon bukannya rawatan pesakit buah pinggang sebaliknya sesuai digunakan oleh pesakit diabetes, obesiti, masalah kulit, imuniti dan bagi mereka yang ingin memudakan sel dalam tubuh,’’ katanya.

Di Eropah, katanya, Ozon digunakan dengan meluas bagi membersihkan air minuman. Mereka membina jana kuasa ozon yang besar kerana selain membunuh kuman, air bercampur ozon adalah selamat dan sesuai diminum.

Di Rusia pula teknologi ozon digunakan dengan luas dalam bidang perubatan. Aplikasinya sangat besar sehingga mereka menubuhkan hospital yang menggunakan ozon untuk pelbagai jenis rawatan. Penyelidikan yang berterusan adalah penting bagi membolehkan kita melihat lebih banyak potensi kebaikan rawatan ozon.

Dr. Rushmini berpeluang pergi ke beberapa negara untuk melihat amalan terapi ozon di peringkat antarabangsa. Katanya, di India dan Thailand, beliau melihat sendiri hospital dan klinik di sana mengadakan seksyen khas bagi rawatan alternatif seperti ozon, herba, akupuntur dan sebagainya.

‘‘Ini memberikan banyak pilihan kepada pengguna dan membawa kebaikan kepada pesakit,’’ katanya.

Mekanisme

Teknologi terkini sistem generator ozon perubatan membolehkan darah ditapis. Proses penapisan itu akan menyingkirkan sel lemak, kolesterol, asid urik dan bahan buangan. Hasilnya rawatan ini dengan cepat membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.

Prosedur

* Pemeriksaan paras gula, tekanan darah dan sejarah ringkas kesihatan pesakit diambil.

* Ubat-ubatan yang diambil seperti aspirin, warfarin, ubat jantung dan kolestrol perlu diberitahu kepada doktor sebelum memulakan rawatan.

* Branula (jarum kecil) dimasukkan ke vena kiri dan kanan. Satu sebagai tempat mengalirkan darah keluar dan satu lagi sebagai saluran darah yang diozonkan masuk ke dalam badan.

* Proses ozon dijalankan hampir sejam dan hampir satu liter darah dibersihkan.

* Proses ini selamat, berkesan, mudah dan tiada kesan sampingan.

* Selepas ozon darah diperiksa, pelanggan berehat selama 30 minit dan dibenarkan pulang.

Tags: artikel

Pendaftaran pesakit baru kami di Pusat Terapi Ozone, Muar, Johor.